Monday, 10 April 2017

Roti Sosej Cheese




Assalamualaikum,... well, hari ni kita nak masak apa erkk tuk mkn malam ??? tak nak nasi ! tak nak mee ! tapi sedap dan seimbang ... jawapan diaaa roti sosej cheese... yuhuuu haa .. kn saya dh bgtau saya mmg pengemar cheese . Seperti yang di dalam gambar , nampak sedapkan roti sosej cheese yang sy buat. Tk cuba mna korang tahu .. nak buat ? mudah je tak lama pun dalam 20 min dh siap .. ok jom buat.



Bahan-bahan ; -


  • Sosej 1 paket ( better sosej jenama rose mmg sedap , sosej lain pun sedap gak dun worry laa )
  • Roti Paun/Roti Bantal 1 paket
  • Cheese paket segi empat 
  • Telur 2 biji
Cara-cara buat : -

  1. Lenyekkan roti paun/roti bantal sehingga nipis. 
  2. Potongkan dan bahagikan kepada 2 hotdog tersebut. Kalau korg nk satu pun blh , klu nk byk potong mcm saya. Gorengkan hotdog yg telah di potong sehingga masak.
  3. Letak roti yang telah dilenyekkan nipis2 di bahagian bawah. Kemudian letakkan cheese satu kepik dan seterusnya letak hotdog yang telah di masak. Golongkan roti tersebut mengunakan tangan sehinga berbentuk bulat/bujur and so on susah nk describe. Salutkan roti tersebut dgn telur yg telah dikacau kemudian gorengkan roti cheese d kuali yang panas. Tapi korang mesti ingat jgn panas sgt sedang2 je and wajibun tgk selalu sbb dia cepat masak.. tk cuma2 kanggg hitam haaa.
Ok dh ! siap... dh siap hangpaa semua boleh lh potong diaa haa, , , buat mkn bersama keluarga . Yummy 💞

Menu tambahan dari saya .. jeng jeng jeng




Cara nk buat? ok meh saya ajar juga... 

Bahan-bahan :-

Ice blend for Chocolate 
  • hot water 1/4
  • ice blend 1 spoon 
  • k.creamer 2 spoon
  • Chocolate powder 2 1/2 spoon
  • fructose 1 1/2 pam
  • 2 glass ice
Ice blend for Strawberry
  • hot water 1/4
  • ice blend 1 spoon
  • k.creamer 2 spoon 
  • Strawberry powder 2 spoon
  • fructose 1 1/2 pam
  • 2 glass ice
Topping 
  1. Ice Cream Chocolate and Strawberry
  2. Chocolate syrup and Strawberry Syrup
  3. Chocolate rice/rainbow 
  4. Marshemellow
  5. Whipped Cream
  6. Oreo powder
  7. Chipsmore powder
Cara-cara :-

Blendkan strawberry dan coklat secara berasingan . Sesudah siap, masukkan oreo powder ke dalam gelas yang disediakan. Kemudian masukkan strawberry blend sedikit dan masukkan lagi d atas strawberry ice blend d bahagian tepi chipsmore powder sesudah itu masukkan coklat ice blend dan ikut urutan buat secara layer sehingga ada 4 layer. ... Setelah itu, letakkan di bahagian tengah/tepi ice cream coklat dan d turutkan ice cream strawberry dan hiaskan lg dgn whipped cream, marshmellow, coklat rice mengikut kreativiti korang... and siap. Mudah kan???

Ok ,.. jangan lupa untuk comment ya . Love you

Cheese Oreo Non-Bake Recipe



Assalamualaikum, ok lepas makan laksa mesti uollss nk kn pencuci mulut kan.. ? Well .. i have one recipe that easy and simple to make it. ianya sangat sedap, yelah saya mmg pecinta cheese 💗 ditambah lagi dengan oreo mmg perghhhh ! cara buatnya? tk susah pun nk buat tk perlu nk bakar dalam oven berjam2.. hanya buat dalam masa 20 min dan masukkn dlm peti sejuk 10 min siap dlm 30min. tk percaya jom cuba buat bersama saya .. kalau saya boleh knpa tk anda .. 



Bahan-bahan :-


  • 30 keping oreo ( buang cream tengahnya ) * skrg ada dh serbuk oreo yang siap sedia hancur korg blh juga gunakan yg tu dlm RM10 Ke bawah sahaja
  • 1/4 cawan butter - cairkan

Bahan Filling :- 
  • 500gram cheese tatura/philadelphia ( nak guna tatura pun blh philadelphia pun blh sama je rasa dia )
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 250gram whipping cream ( Cari yg Halal )
  • Serbuk Gelatin ( Cari yg Halal )
  • 1 cawan oreo yg sudah di tumbuk2 halus
  • susu manis tin kecik ( masukkn secukup rasa, saya gunakan susu manis kerana rasanya lebih sedap )
  • Susu Full Cream ( Prefer Dutch Lady )

Cara-cara Menyediakan 

Area bawah : -

Gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Masukkan ke dalam peti sejuk untuk mengeraskannya lg.

Filling : -
  1. Pukul cream cheese, gula, susu manis dan esen vanila dengan kelajuan sederhana sehingga benar-benar sebati. masukkan susu full cream dan gaulkannya lagi hingga sebati.
  2. Blend whipping cream sehingga menjadi cream pekat, kemudian masukkan whipping cream yang telah d blend ke adunan cheese tadi.
  3. masukkan air panas ke dalam serbuk gelatin secukupnya, putarkan sehingga cair dan masukkan ke dalam adunan cheese. Uarkan menggunakan sudu masak sehingga sebati.
  4. Yang terakhir, masukkan oreo kisar kedalam adunan dan uarkan. Masukkan adunan cheese oreo yang sudah siap ke dalam loyang oreo td . Masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 min. 
Sudah Selesai , anda hias lah cake cheese anda dgn oreo dan sebagainya.. Kalau sy suka hias bahagian atas dgn nutella d tabur oreo .. mak aihhhhh perghhhh ! Sedap sgt..


Taraaaaa dh siap pun 30 min pencuci mulut kita  💕

please enjoy it...


+ from me... ni yang saya pernah buat, . sekejap je hbis.. 😍 kalau sy boleh anda juga boleh ! Try it and don't forget to comment . 






How To Cook Laksa Sarawak



Assalamualaikum, ... Selamat tgh hari 😉. Okay, tgh hari ni nak mkn apa erkk.. pekena laksa sedap nihh .. apalagi laksa sarawak 😍 my favourite uollss..! yg tk pernah rasa please korang mesti try. OK Seriously sedap . hurmm ,, Rasa dia ? rasa dia mcm kari2 sikit ada rasa lemak2 and pedas, manis, dan mcm2 lg laa klu dh pernah rasa pasti tau punya la .. aiyaaa tkmo ckp byk2 laa, hari ni saya nk tunjukkan cara nak memasak laksa dan korang harus buat kat rumah ...



PES LAKSA SARAWAK

Bahan-bahan : anggaran 200 gm


Foto Míss Êmă.
  •  8 biji bwg merah*
  •  4 ulas bwg putih*
  •  11-20 tangkai cili kering* ( Sebab saya suka pedas2 sbb tu bubuh byk sikit )
  •  1 inci lengkuas*
  •  1 sk ketumbar
  •  1 sk jintan manis 
  •  1 sk jintan putih
  •  3 biji buah keras*
  •  2-3 batang serai*
  •  1 inci belacan bakar*
  •  1/4 cawan kacang tanah ( digoreng )
  •  1/4 cawan bijan ( digoreng tanpa minyak )
  •  sedikit garam
  •  sedikit minyak untuk menumis 

Cara-cara :-

  1.  Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda ( * )
  2. Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan bahan-bahan bertanda ( * )
  3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata. 
  4. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan memasukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.
P/S : Kalau korang rasa susah nk buat semua ni pun, korang jgn risau pes laksa yang sudah siap dijual pun ada. Rasa sedap pun sama hanya RM10 ke bawah dan ianya murah dan berbaloi. Saya selalu beli tp hanya di Sarawak je yang ada .. 

                                                 

LAKSA SARAWAK RESEPI
bahan-bahan : anggaran 7 orang makan

  • 200 gm pes atau perencah laksa ( seperti yg dlm gambar )
  •  isi ayam secukupnya ( direbus dan dicarik halus2 ) * atau digoreng dgn tepung kentucky 😆
  • 1/2 kilo udang basah 
  • 1 bungkus mihun ( direndam/direbus air panas dan disejukkan menggunakan air )
  • 4 biji telur ( didarkan dan dhiris halus2 )
  • 2 batang serai ( diketuk )
  • 200-250 ml santan pekat
  • garam, ajinamoto dan gula secukup rasa
  • taugeh ( dicelur )
  • sedikit daun ketumbar ( diracik )
  • limau kasturi secukupnya ( dibelah dua )

Cara-cara :-

  1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. ( Boleh tambah air jika perlu )
  2. Masukkan santan dan peraskan dengan garam, ajinamoto dan sedikit gula.
  3. Masukkan mihun yang dah masak ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi masukkan sedikit sambal belacan.

RESEPI SAMBAL BELACAN BY ME
  • Sambal Belacan 
  • 10 biji limau kasturi ( sudah diperah )
  • Cili padi * Better beli yg kecik2 , sbb yg kecik2 tulah extreme pedas and yummy 
cara-cara:-
Sambal Belacan tersebut di masukkan di dalam blender. Air limau perahan tadi d masukkn sekali dgn cili padi kemudian di blend kn hingga halus. 

*P/S - sambal belacan ni boleh mkn dengan apa sj tau, mkn dgn nasi kosong sedap, mkn dgn kuah2 sedap , cicah dgn cucur pun sedap.. you should try it 😙


HASILNYA TAraaaaa dah siappp ! yummy

Selamat Menjamu Selera yee kwn2.. dan juga lupa untuk komen . TQ 😚😚😚😚


ok tambahan dari saya .. this video when i make laksa sarawak using rice cooker at hostel. yalooo belajar jauh2 dekat perak.. ank sarawak mana tak teringin nk mkn laksa kn..nak cari kat sini, mmg tkdelah jawapnyee so masak sndiri, pes tu mmg dh bawa dari sarawak dh  hehe






Roti Sosej Cheese

Assalamualaikum,... well, hari ni kita nak masak apa erkk tuk mkn malam ??? tak nak nasi ! tak nak mee ! tapi sedap dan seimbang ......