Monday, 10 April 2017

Cheese Oreo Non-Bake Recipe



Assalamualaikum, ok lepas makan laksa mesti uollss nk kn pencuci mulut kan.. ? Well .. i have one recipe that easy and simple to make it. ianya sangat sedap, yelah saya mmg pecinta cheese 💗 ditambah lagi dengan oreo mmg perghhhh ! cara buatnya? tk susah pun nk buat tk perlu nk bakar dalam oven berjam2.. hanya buat dalam masa 20 min dan masukkn dlm peti sejuk 10 min siap dlm 30min. tk percaya jom cuba buat bersama saya .. kalau saya boleh knpa tk anda .. 



Bahan-bahan :-


  • 30 keping oreo ( buang cream tengahnya ) * skrg ada dh serbuk oreo yang siap sedia hancur korg blh juga gunakan yg tu dlm RM10 Ke bawah sahaja
  • 1/4 cawan butter - cairkan

Bahan Filling :- 
  • 500gram cheese tatura/philadelphia ( nak guna tatura pun blh philadelphia pun blh sama je rasa dia )
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 250gram whipping cream ( Cari yg Halal )
  • Serbuk Gelatin ( Cari yg Halal )
  • 1 cawan oreo yg sudah di tumbuk2 halus
  • susu manis tin kecik ( masukkn secukup rasa, saya gunakan susu manis kerana rasanya lebih sedap )
  • Susu Full Cream ( Prefer Dutch Lady )

Cara-cara Menyediakan 

Area bawah : -

Gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Masukkan ke dalam peti sejuk untuk mengeraskannya lg.

Filling : -
  1. Pukul cream cheese, gula, susu manis dan esen vanila dengan kelajuan sederhana sehingga benar-benar sebati. masukkan susu full cream dan gaulkannya lagi hingga sebati.
  2. Blend whipping cream sehingga menjadi cream pekat, kemudian masukkan whipping cream yang telah d blend ke adunan cheese tadi.
  3. masukkan air panas ke dalam serbuk gelatin secukupnya, putarkan sehingga cair dan masukkan ke dalam adunan cheese. Uarkan menggunakan sudu masak sehingga sebati.
  4. Yang terakhir, masukkan oreo kisar kedalam adunan dan uarkan. Masukkan adunan cheese oreo yang sudah siap ke dalam loyang oreo td . Masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 min. 
Sudah Selesai , anda hias lah cake cheese anda dgn oreo dan sebagainya.. Kalau sy suka hias bahagian atas dgn nutella d tabur oreo .. mak aihhhhh perghhhh ! Sedap sgt..


Taraaaaa dh siap pun 30 min pencuci mulut kita  💕

please enjoy it...


+ from me... ni yang saya pernah buat, . sekejap je hbis.. 😍 kalau sy boleh anda juga boleh ! Try it and don't forget to comment . 






4 comments:

  1. Waalaikumusalam cik adik manis, sebelum ni saya ingatkan masak oreo cheese ni menggunakan api atau dapur, rupanya tak perlu, resepi ni saya akan save, dan saya akan tunjukan dengan isteri saya, isteri saya penggemar cheese, izinkan saya copy resepi yang anda share ini, terima kasih atas perkongsian anda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan awak.. terima kasih atas komen awak

      Delete
  2. pasti menjilat jari makan ni..saya ni peminat cheese and orea..pas ni bolehlah cuba buat..tq sebab sharing resepi..

    ReplyDelete

Roti Sosej Cheese

Assalamualaikum,... well, hari ni kita nak masak apa erkk tuk mkn malam ??? tak nak nasi ! tak nak mee ! tapi sedap dan seimbang ......