Monday, 10 April 2017

How To Cook Laksa Sarawak



Assalamualaikum, ... Selamat tgh hari πŸ˜‰. Okay, tgh hari ni nak mkn apa erkk.. pekena laksa sedap nihh .. apalagi laksa sarawak 😍 my favourite uollss..! yg tk pernah rasa please korang mesti try. OK Seriously sedap . hurmm ,, Rasa dia ? rasa dia mcm kari2 sikit ada rasa lemak2 and pedas, manis, dan mcm2 lg laa klu dh pernah rasa pasti tau punya la .. aiyaaa tkmo ckp byk2 laa, hari ni saya nk tunjukkan cara nak memasak laksa dan korang harus buat kat rumah ...



PES LAKSA SARAWAK

Bahan-bahan : anggaran 200 gm


Foto MΓ­ss ÊmΔƒ.
  •  8 biji bwg merah*
  •  4 ulas bwg putih*
  •  11-20 tangkai cili kering* ( Sebab saya suka pedas2 sbb tu bubuh byk sikit )
  •  1 inci lengkuas*
  •  1 sk ketumbar
  •  1 sk jintan manis 
  •  1 sk jintan putih
  •  3 biji buah keras*
  •  2-3 batang serai*
  •  1 inci belacan bakar*
  •  1/4 cawan kacang tanah ( digoreng )
  •  1/4 cawan bijan ( digoreng tanpa minyak )
  •  sedikit garam
  •  sedikit minyak untuk menumis 

Cara-cara :-

  1.  Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda ( * )
  2. Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan bahan-bahan bertanda ( * )
  3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata. 
  4. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan memasukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.
P/S : Kalau korang rasa susah nk buat semua ni pun, korang jgn risau pes laksa yang sudah siap dijual pun ada. Rasa sedap pun sama hanya RM10 ke bawah dan ianya murah dan berbaloi. Saya selalu beli tp hanya di Sarawak je yang ada .. 

                                                 

LAKSA SARAWAK RESEPI
bahan-bahan : anggaran 7 orang makan

  • 200 gm pes atau perencah laksa ( seperti yg dlm gambar )
  •  isi ayam secukupnya ( direbus dan dicarik halus2 ) * atau digoreng dgn tepung kentucky πŸ˜†
  • 1/2 kilo udang basah 
  • 1 bungkus mihun ( direndam/direbus air panas dan disejukkan menggunakan air )
  • 4 biji telur ( didarkan dan dhiris halus2 )
  • 2 batang serai ( diketuk )
  • 200-250 ml santan pekat
  • garam, ajinamoto dan gula secukup rasa
  • taugeh ( dicelur )
  • sedikit daun ketumbar ( diracik )
  • limau kasturi secukupnya ( dibelah dua )

Cara-cara :-

  1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. ( Boleh tambah air jika perlu )
  2. Masukkan santan dan peraskan dengan garam, ajinamoto dan sedikit gula.
  3. Masukkan mihun yang dah masak ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi masukkan sedikit sambal belacan.

RESEPI SAMBAL BELACAN BY ME
  • Sambal Belacan 
  • 10 biji limau kasturi ( sudah diperah )
  • Cili padi * Better beli yg kecik2 , sbb yg kecik2 tulah extreme pedas and yummy 
cara-cara:-
Sambal Belacan tersebut di masukkan di dalam blender. Air limau perahan tadi d masukkn sekali dgn cili padi kemudian di blend kn hingga halus. 

*P/S - sambal belacan ni boleh mkn dengan apa sj tau, mkn dgn nasi kosong sedap, mkn dgn kuah2 sedap , cicah dgn cucur pun sedap.. you should try it πŸ˜™


HASILNYA TAraaaaa dah siappp ! yummy

Selamat Menjamu Selera yee kwn2.. dan juga lupa untuk komen . TQ 😚😚😚😚


ok tambahan dari saya .. this video when i make laksa sarawak using rice cooker at hostel. yalooo belajar jauh2 dekat perak.. ank sarawak mana tak teringin nk mkn laksa kn..nak cari kat sini, mmg tkdelah jawapnyee so masak sndiri, pes tu mmg dh bawa dari sarawak dh  hehe






5 comments:

  1. Assalamualaikum, terima kasih atas perkongsian anda, saya penggemar makan laksa sarawak, saya juga selalu memasak laksa sarawak menggunakan dapur gas, tp cara awak guna kan seperti dalam gambar, agak unik sikit, tapi cara awak masak menggunakan rice cooker tu memang terbaik, ianya sesuai untuk mereka yang tidak dapat memasak menggunakan dapur gas, contohnya dekat office sekarang ni, office sekarang ni tak macam dulu ada tempat dapur memasak, sekarang semua office kebanyakanya mengamalkan sistem apa entah saya pun lupa tp yg saya tahu sekarang setiap office tidak dibenarkan memasak menggunakan dapur gas, cara awak ni juga sesuai untuk org yg sedang melancong contohnya tggl di dalam hotel, standart hotel takda dapur gas, cuma rice cooker tu kita boleh bawa sendiri, apa2 pun terima kasih sebab perkongsian anda amat berguna...😘😘😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumusalam, harap tunjuk ajar yang diberikan dapat memberikan banyak manfaat. terima kasih atas komen pujian anda

      Delete
  2. sedap ni..tapi paling win masak laksa guna rice cooker.

    ReplyDelete
  3. Laksa sarawak😍😍😍😍

    ReplyDelete
  4. Bolehla buat lepas ni. Thank you 😘😘

    ReplyDelete

Roti Sosej Cheese

Assalamualaikum,... well, hari ni kita nak masak apa erkk tuk mkn malam ??? tak nak nasi ! tak nak mee ! tapi sedap dan seimbang ......